Saturday, October 17, 2009

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Sejarah
Minggu : 1
Kelas : 1 Amanah
Tarikh : 19 Oktober 2009 ( Isnin)
Bilangan Pelajar : 39 orang
Masa : 8.35 – 9.55 pagi ( 80 minit)
Topik : Bab 1 : Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Subtopik : 1.1. Zaman Prasejarah

Objektif Pembelajaran:

Objektif Am:

Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:

  1. Pelajar dapat memahami ciri-ciri setiap zaman prasejarah iaitu zaman paleolitik, zaman neolitik, dan zaman logam.
  2. Pelajar dapat membuat perbandingan setiap zaman Prasejarah di Malaysia.

Objektif Khusus:

Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:

  1. Berpandukan buku teks sebagai rujukan, pelajar dapat menyatakan 3 daripada 5 ciri-ciri setiap zaman prasejarah.
  2. Diberi soalan struktur ciri-ciri zaman prasejarah, majoriti pelajar dapat menjawab soalan objektif dan struktur yang diberi menerusi blog.

Hasil pembelajaran:

Pada akhir pelajaran ini, pelajar akan dapat:

  1. Menyatakan maksud Zaman Prasejarah.
  2. Menyatakan maksud Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam.
  3. Membuat perbandingan Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam.

Nilai murni:

  1. Menghargai usaha ahli sejarah.
  2. Bersyukur dengan kehidupan dan kemajuan pada hari ini.

Sumber dan Alat Bantu Mengajar:

  • Buku teks, Buku rujukan tambahan, Power Point, Internet

Pengetahuan Sedia Ada:

  • Sebelum ini pelajar pernah didedahkan dengan zaman prasejarah secara tidak langsung semasa berada di tingkatan satu melalui Subtopik 1.1: Zaman Prasejarah dalam Bab 1: Sejarah dan Kita (Tingkatan 1).

Teknik:

  • Perbincangan, Main Peranan dan Sesi Soal Jawab.

Konsep / Istilah:

  • Prasejarah, Arkeologi, Animisme, Paleolitik, Neolitik, dan Logam.

Kaedah-kaedah / Langkah-langkah Mengajar:

Fasa/Masa

Kandungan

Aktiviti pembelajaran

Nota / BBM

Pengenalan / Induksi

(5 minit)

Sesi soal jawab dan sumbang saran di antara Guru dengan pelajar.

Guru mencetuskan idea dan pendapat pelajar tentang topik yang akan dipelajari melalui tayangan kartun Flinstone mengenai kehidupan zaman prasejarah.

Aktiviti Guru

Guru menerangkan objektif dan hasil pembelajaran yang akan diperolehi pelajar.

Guru menanyakan pemahaman pelajar tentang topik pembelajaran.

Aktiviti Pelajar

Pelajar memberi jawapan kepada guru.


Strategi dan teknik :

Penyoalan secara keseluruhan

BBM:

Buku teks, tayangan video

Nilai murni : Berkongsi pendapat, sedia bekerjasama, berani mencuba

Penstrukturan idea

(30 minit)

Zaman Prasejarah memberi maklumat dan bukti yang benar mengenai sesuatu peristiwa dan peralihan.

Ada 3 zaman prasejarah yang berlaku di Malaysia iaitu:

i) Zaman Paleolitik

ii) Zaman Neolitik

iii) Zaman Logam

Zaman Prasejarah:

Bukti kewujudan zaman prasejarah dan ciri-ciri zaman prasejarah.

Contoh: Ciri-ciri Zaman Prasejarah (Tugasan 1)

Aktiviti Guru

Guru menerangkan maksud Zaman Prasejarah.

Guru juga memberi penerangan mengenai zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik dan zaman logam menggunakan power point.

Aktiviti Pelajar

Pelajar dikehendaki menjawab soalan latihan yang ditunjukkan di power point.

Pelajar melibatkan diri secara aktif.

Strategi dan teknik:

Penyoalan dan perbincangan

BBM:

Power Point, Buku Teks, Internet

Rujuk:-

http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia

Sila Rujuk:-

http://florajoseph.blogspot.com/2009/06/mirigua-niah-malay-version.html

http://wapedia.mobi/ms/Zaman_Neolitik_di_Malaysia#1


Power Point:-

http://www.pspnperak.edu.my/sejarah/



Nilai murni:

Berkongsi pendapat, partisipasi pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Aplikasi Idea

(30 minit)

Guru memberi pengukuhan melalui soalan pengkayaan daripada internet.

Guru memberi soalan latihan berbentuk objektif dan subjektif (struktur) yang akan dijawab oleh pelajar dan dibincangkan di dalam kelas. (Tugasan 2)

Aktiviti Pelajar

Pelajar menjawab soalan dan menjawab di komputer dan dipaparkan terus di layar projektor.

Pelajar menjawab soalan subjektif melalui soalan yang diedarkan.

Aktiviti Guru

Guru akan memberi penerangan dan rumusan tentang soalan yang diberikan.


BBM :

Internet.


http://www.moe.edu.my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf

Penutup

(15 minit)

Kepentingan memahami ciri-ciri setiap zaman prasejarah yang telah dipelajari.

Aktiviti Guru dan Pelajar

Pelajar merumuskan idea utama dan konsep berdasarkan pemahaman yang telah mereka pelajari.

Strategi dan teknik :

Penyoalan


http://www.moe.edu.my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf


Refleksi / Penilaian:

  • Meminta pelajar membuat catatan atau rekod mengenai zaman prasejarah selama seminggu dalam bentuk jurnal atau diari secara ringkas. Pelajar bebas mendapatkan sumber daripada mana-mana bahan ilmiah.
  • Pelajar dapat menyenaraikan dan membuat perbandingan ciri-ciri setiap zaman yang dipelajari dengan baik.
  • Pelajar dapat melihat perubahan setiap zaman dan transisi teknologinya dalam kehidupan manusia yang berubah melalui evolusi setiap 3 zaman prasejarah di Malaysia.

Tindakan susulan:

  • Guru meminta pelajar membuat ciri-ciri dan perbandingannya melalui tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam dengan membuat peta minda untuk dilekatkan di sudut sejarah di dalam kelas.

"Bangsa Yang Agung Bangsa Yang Mahu Mempelajari Sejarah"

1 comment:

Followers

Zaman Pra Sejarah

Zaman Pra Sejarah di Malaysia