Zaman Pra Sejarah
Sunday, October 18, 2009
BBM - Zaman Prasejarah
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1.
2. Buku Rujukan Sejarah Longman Esensi Panduan Revisi untuk Sukses : Sejarah PMR.
3. http://www.4shared.com/file/98799122/cdbda3e3/Flinstone_AVI4_converted.html?s=1
4. http://wapedia.mobi/ms/Zaman_Paleolitik_di_Malaysia
5. www.pspnperak.edu.my/sejarah/Tingkatan%201/.../BBM/BBM.ppt
6. http://www.moe.edu.my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf
7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysiahttp://nota.mytmk.net/?p=7
Saturday, October 17, 2009
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Sejarah
Minggu : 1
Kelas : 1 Amanah
Tarikh : 19 Oktober 2009 ( Isnin)
Bilangan Pelajar : 39 orang
Masa : 8.35 – 9.55 pagi ( 80 minit)
Topik : Bab 1 : Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Subtopik : 1.1. Zaman Prasejarah
Objektif Pembelajaran:
Objektif Am:
Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
- Pelajar dapat memahami ciri-ciri setiap zaman prasejarah iaitu zaman paleolitik, zaman neolitik, dan zaman logam.
- Pelajar dapat membuat perbandingan setiap zaman Prasejarah di Malaysia.
Objektif Khusus:
Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
- Berpandukan buku teks sebagai rujukan, pelajar dapat menyatakan 3 daripada 5 ciri-ciri setiap zaman prasejarah.
- Diberi soalan struktur ciri-ciri zaman prasejarah, majoriti pelajar dapat menjawab soalan objektif dan struktur yang diberi menerusi blog.
Hasil pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, pelajar akan dapat:
- Menyatakan maksud Zaman Prasejarah.
- Menyatakan maksud Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam.
- Membuat perbandingan Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam.
Nilai murni:
- Menghargai usaha ahli sejarah.
- Bersyukur dengan kehidupan dan kemajuan pada hari ini.
Sumber dan Alat Bantu Mengajar:
- Buku teks, Buku rujukan tambahan, Power Point, Internet
Pengetahuan Sedia Ada:
- Sebelum ini pelajar pernah didedahkan dengan zaman prasejarah secara tidak langsung semasa berada di tingkatan satu melalui Subtopik 1.1: Zaman Prasejarah dalam Bab 1: Sejarah dan Kita (Tingkatan 1).
Teknik:
- Perbincangan, Main Peranan dan Sesi Soal Jawab.
Konsep / Istilah:
- Prasejarah, Arkeologi, Animisme, Paleolitik, Neolitik, dan Logam.
Kaedah-kaedah / Langkah-langkah Mengajar:
Fasa/Masa | Kandungan | Aktiviti pembelajaran | Nota / BBM |
Pengenalan / Induksi (5 minit) | Sesi soal jawab dan sumbang saran di antara Guru dengan pelajar. Guru mencetuskan idea dan pendapat pelajar tentang topik yang akan dipelajari melalui tayangan kartun Flinstone mengenai kehidupan zaman prasejarah. | Aktiviti Guru Guru menerangkan objektif dan hasil pembelajaran yang akan diperolehi pelajar. Guru menanyakan pemahaman pelajar tentang topik pembelajaran. Aktiviti Pelajar Pelajar memberi jawapan kepada guru.
| Strategi dan teknik : Penyoalan secara keseluruhan BBM: Buku teks, tayangan video Nilai murni : Berkongsi pendapat, sedia bekerjasama, berani mencuba |
Penstrukturan idea (30 minit) | Zaman Prasejarah memberi maklumat dan bukti yang benar mengenai sesuatu peristiwa dan peralihan. Ada 3 zaman prasejarah yang berlaku di Malaysia iaitu: i) Zaman Paleolitik ii) Zaman Neolitik iii) Zaman Logam Zaman Prasejarah: Bukti kewujudan zaman prasejarah dan ciri-ciri zaman prasejarah. Contoh: Ciri-ciri Zaman Prasejarah (Tugasan 1) | Aktiviti Guru Guru menerangkan maksud Zaman Prasejarah. Guru juga memberi penerangan mengenai zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik dan zaman logam menggunakan power point. Aktiviti Pelajar Pelajar dikehendaki menjawab soalan latihan yang ditunjukkan di power point. Pelajar melibatkan diri secara aktif. | Strategi dan teknik: Penyoalan dan perbincangan BBM: Power Point, Buku Teks, Internet Rujuk:- http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia
Sila Rujuk:- http://florajoseph.blogspot.com/2009/06/mirigua-niah-malay-version.html
http://wapedia.mobi/ms/Zaman_Neolitik_di_Malaysia#1
Power Point:- http://www.pspnperak.edu.my/sejarah/
Nilai murni: Berkongsi pendapat, partisipasi pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Aplikasi Idea (30 minit) | Guru memberi pengukuhan melalui soalan pengkayaan daripada internet. Guru memberi soalan latihan berbentuk objektif dan subjektif (struktur) yang akan dijawab oleh pelajar dan dibincangkan di dalam kelas. (Tugasan 2) | Aktiviti Pelajar Pelajar menjawab soalan dan menjawab di komputer dan dipaparkan terus di layar projektor. Pelajar menjawab soalan subjektif melalui soalan yang diedarkan. Aktiviti Guru Guru akan memberi penerangan dan rumusan tentang soalan yang diberikan.
| BBM : Internet.
|
Penutup (15 minit) | Kepentingan memahami ciri-ciri setiap zaman prasejarah yang telah dipelajari. | Aktiviti Guru dan Pelajar Pelajar merumuskan idea utama dan konsep berdasarkan pemahaman yang telah mereka pelajari. | Strategi dan teknik : Penyoalan
http://www.moe.edu.my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf
|
Refleksi / Penilaian:
- Meminta pelajar membuat catatan atau rekod mengenai zaman prasejarah selama seminggu dalam bentuk jurnal atau diari secara ringkas. Pelajar bebas mendapatkan sumber daripada mana-mana bahan ilmiah.
- Pelajar dapat menyenaraikan dan membuat perbandingan ciri-ciri setiap zaman yang dipelajari dengan baik.
- Pelajar dapat melihat perubahan setiap zaman dan transisi teknologinya dalam kehidupan manusia yang berubah melalui evolusi setiap 3 zaman prasejarah di Malaysia.
Tindakan susulan:
- Guru meminta pelajar membuat ciri-ciri dan perbandingannya melalui tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam dengan membuat peta minda untuk dilekatkan di sudut sejarah di dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : SEJARAH
Tarikh : 19 Oktober 2009 Masa: 1.00-2.20 petang (80 minit)
Hari : Isnin
Tingkatan : 1 Amanah
Kehadiran : 39/39
Tajuk : Zaman Prasejarah Di Malaysia.
Tema/Tajuk | TEMA 1 : Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka. 1.1 : Zaman Prasejarah (Buku Teks: Muka Surat 20-28). |
Subtopik | a) Zaman Prasejarah i. Zaman Paleolitik ii. Zaman Mesolitik iii. Zaman Neolitik iv. Zaman Logam |
Objektif pembelajaran | Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: i) Menyatakan ciri-ciri zaman prasejarah dari aspek petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. ii) Membandingkan ciri-ciri masyarakat pra sejarah dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. iii) Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah di Malaysia. |
Hasil Pembelajaran | 1. Pelajar dapat menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah di Malaysia. 2. Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri masyarakat zaman prasejarah dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. 3. Pelajar dapat membandingkan ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik, Neolitik dan Zaman Logam. 4. Pelajar dapat memberi sebab mengapa manusia memilih gua sebagai tempat tinggal pada zaman tersebut. |
Pengetahuan sedia ada | Pelajar telah diarahkan untuk memuat turun nota daripada blog |
Alat bantu mengajar | 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1. 2. Buku Rujukan Sejarah Longman Esensi Panduan Revisi untuk Sukses : Sejarah PMR. 3.http://kawkawhistory.blogspot.com/ 4.http://www.4shared.com/file/98799122/cdbda3e3/Flinstone_AVI4_converted.html?s=1 5.http://wapedia.mobi/ms/Zaman_Paleolitik_di_Malaysia 6.http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia 7.http://www.pspnperak.edu.my/sejarah/ 8.http://www.moe.edu,my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf 9. |
Nilai Murni | Semangat gigih, berdikari, bekerja keras dan yakin pada diri sendiri. |
Langkah/ masa | Isi Kandungan | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | nilai/ konsep/ istilah | |
| Aktiviti guru | aktiviti murid | | |
Pengenalan (Set induksi) (5 Minit) | Guru akan memperkenalkan tajuk yang dibincangkan dengan cara mempamerkan tayangan video “flinstone” untuk dikaitkan dengan zaman prasejarah melalui blog. | 1. Guru membuat perkaitan tajuk P&P dengan tayangan video “flinstone” . 2. Guru memulakan sesi pengajaran dengan menerangkan secara ringkas konsep zaman prasejarah. | 1. Pelajar memberi tumpuan terhadap tayangan video yang ditayangkan. | Konsep Prasejarah |
Langkah 1 (20 Minit) | Ciri-ciri Zaman Paleolitik di Malaysia. | 1. Dengan menggunakan blog guru menerangkan ciri-ciri zaman paleolitik dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. 2. Guru menambah fakta untuk menarik minat pelajar dengan mengemukakan persoalan : Contoh Soalan: Pernahkah pelajar mendengar tentang “Manusia Perak”? 3. Guru menerangkan bahawa Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. | 1. Pelajar menunjukkan minat dan memberi perhatian terhadap penerangan guru. 2. Pelajar cuba menjawab soalan berkaitan dengan “Manusia Perak”. | Konsep/Istilah Paleolitik, Mesolitik, Manusia Perak, Kepercayaan animisme. KBKK Menjana pendapat atau idea mengenai “Manusia Perak”. |
Langkah 2 (20 minit) | Ciri-ciri zaman neolitik di Malaysia | 1 Guru menerangkan ciri-ciri Zaman Neolitik dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. | 1. Pelajar memberi kerjasama dengan memberi tumpuan terhadap penerangan guru. | Konsep/Istilah Neolitik Nilai murni Kita hendaklah menghargai tinggalan sejarah yang mencerminkan peradaban masyarakat kita. |
Langkah 3 (20 minit) | Ciri-ciri zaman logam di Malaysia | 1. Guru menerangkan ciri-ciri zaman logam dari aspek petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia. 2. Guru bertanyakan soalan berbentuk KBKK kepada pelajar Soalan : Mengapakah manusia zaman prasejarah dikatakan mempunyai unsur-unsur survival? | 1 Pelajar menunjukkan minat dengan memberi tumpuan terhadap penerangan guru. 2 Pelajar cuba menjawab persoalan yang dikemukan oleh guru. | Konsep/Istilah Zaman Logam KBKK Menjana pendapat atau idea. Unsur Patriotisme Kegigihan, semangat berusaha dan daya kreativiti masyarakat zaman prasejarah perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar. |
Langkah 4 (Aktiviti & Pengukuhan) (10 minit) | Membandingkan ciri-ciri zaman prasejarah | 1. Guru meminta pelajar membentuk 5 kumpulan. Kemudian guru memberi arah supaya pelajar berbincang bagi menjawab soalan yang diberikan. Soalan : Beri perbandingan antara 3 zaman prasejarah di Malaysia?. | 1. Pelajar mengikut arahan guru dengan membentuk 5 kumpulan dan menjawab soalan yang diberikan dihadapan menggunakan komputer. | Nilai Murni Bekerjasama |
Penutup ( 5 minit) | Membuat rumusan tajuk pengajaran dan pembelajaran | 1. Guru meminta 2 orang pelajar untuk membuat rumusan. 2. Guru membuat paparan video. | 1. Pelajar yang dipilih mengikut arahan dengan membuat rumusan berkaitan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran. | |
Refleksi | 1 Arif | |