Saturday, October 17, 2009

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : SEJARAH


Tarikh : 19 Oktober 2009 Masa: 1.00-2.20 petang (80 minit)

Hari : Isnin

Tingkatan : 1 Amanah

Kehadiran : 39/39

Tajuk : Zaman Prasejarah Di Malaysia.

Tema/Tajuk

TEMA 1 : Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

1.1 : Zaman Prasejarah (Buku Teks: Muka Surat 20-28).

Subtopik

a) Zaman Prasejarah

i. Zaman Paleolitik

ii. Zaman Mesolitik

iii. Zaman Neolitik

iv. Zaman Logam

Objektif pembelajaran

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

i) Menyatakan ciri-ciri zaman prasejarah dari aspek petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

ii) Membandingkan ciri-ciri masyarakat pra sejarah dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

iii) Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah di Malaysia.

Hasil Pembelajaran

1. Pelajar dapat menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah di Malaysia.

2. Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri masyarakat zaman prasejarah dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

3. Pelajar dapat membandingkan ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik, Neolitik dan Zaman Logam.

4. Pelajar dapat memberi sebab mengapa manusia memilih gua sebagai tempat tinggal pada zaman tersebut.

Pengetahuan sedia ada

Pelajar telah diarahkan untuk memuat turun nota daripada blog

Alat bantu mengajar

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1.

2. Buku Rujukan Sejarah Longman Esensi Panduan Revisi untuk Sukses : Sejarah PMR.

3.http://kawkawhistory.blogspot.com/

4.http://www.4shared.com/file/98799122/cdbda3e3/Flinstone_AVI4_converted.html?s=1

5.http://wapedia.mobi/ms/Zaman_Paleolitik_di_Malaysia

6.http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia

7.http://www.pspnperak.edu.my/sejarah/

8.http://www.moe.edu,my/rnd/inovasi/ino10/latihan.swf

9.

Nilai Murni

Semangat gigih, berdikari, bekerja keras dan yakin pada diri sendiri.

Langkah/

masa

Isi Kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

nilai/ konsep/ istilah


Aktiviti guru

aktiviti murid


Pengenalan

(Set induksi)

(5 Minit)

Guru akan memperkenalkan tajuk yang dibincangkan dengan cara mempamerkan tayangan video “flinstone” untuk dikaitkan dengan zaman prasejarah melalui blog.

1. Guru membuat perkaitan tajuk P&P dengan

tayangan video “flinstone” .

2. Guru memulakan sesi pengajaran dengan menerangkan secara ringkas konsep zaman prasejarah.

1. Pelajar memberi tumpuan terhadap tayangan video yang ditayangkan.

Konsep

Prasejarah

Langkah 1

(20 Minit)

Ciri-ciri Zaman Paleolitik di Malaysia.

1. Dengan menggunakan blog guru menerangkan ciri-ciri zaman paleolitik dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

2. Guru menambah fakta untuk menarik minat pelajar dengan mengemukakan persoalan :

Contoh Soalan: Pernahkah pelajar mendengar tentang “Manusia Perak”?

3. Guru menerangkan bahawa Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

1. Pelajar menunjukkan minat dan memberi perhatian terhadap penerangan guru.

2. Pelajar cuba menjawab soalan berkaitan dengan “Manusia Perak”.

Konsep/Istilah

Paleolitik, Mesolitik, Manusia Perak,

Kepercayaan animisme.

KBKK

Menjana pendapat atau idea mengenai “Manusia Perak”.

Langkah 2

(20 minit)

Ciri-ciri zaman neolitik di Malaysia

1 Guru menerangkan ciri-ciri Zaman Neolitik dari segi petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

1. Pelajar memberi kerjasama dengan memberi tumpuan terhadap penerangan guru.

Konsep/Istilah

Neolitik

Nilai murni

Kita hendaklah menghargai tinggalan sejarah yang mencerminkan peradaban masyarakat kita.

Langkah 3

(20 minit)

Ciri-ciri zaman logam di Malaysia

1. Guru menerangkan ciri-ciri zaman logam dari aspek petempatan, kegiatan ekonomi dan peralatan, kepercayaan dan lokasi petempatan di Malaysia.

2. Guru bertanyakan soalan berbentuk KBKK kepada pelajar

Soalan :

Mengapakah manusia zaman prasejarah dikatakan mempunyai unsur-unsur survival?

1 Pelajar menunjukkan minat dengan memberi tumpuan terhadap penerangan guru.

2 Pelajar cuba menjawab persoalan yang dikemukan oleh guru.

Konsep/Istilah

Zaman Logam

KBKK

Menjana pendapat atau idea.

Unsur Patriotisme

Kegigihan, semangat berusaha dan daya kreativiti masyarakat zaman prasejarah perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.

Langkah 4 (Aktiviti & Pengukuhan)

(10 minit)

Membandingkan ciri-ciri zaman prasejarah

1. Guru meminta pelajar membentuk 5 kumpulan. Kemudian guru memberi arah supaya pelajar berbincang bagi menjawab soalan yang diberikan.

Soalan :

Beri perbandingan antara 3 zaman prasejarah di Malaysia?.

1. Pelajar mengikut arahan guru dengan membentuk 5 kumpulan dan menjawab soalan yang diberikan dihadapan menggunakan komputer.

Nilai Murni

Bekerjasama

Penutup

( 5 minit)

Membuat rumusan tajuk pengajaran dan pembelajaran

1. Guru meminta 2 orang pelajar untuk membuat rumusan.

2. Guru membuat paparan video.

1. Pelajar yang dipilih mengikut arahan dengan membuat rumusan berkaitan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.


Refleksi

1 Arif


Followers

Zaman Pra Sejarah

Zaman Pra Sejarah di Malaysia